Wednesday, April 6, 2011

Polis Dan Hospital Kerajaan

Hari sabtu lepas pukul 4 pagi gua dapat call dari dua orang pelajar gua. Diorang kemalangan motor dengan motor dekat simpang empat berdekatan dengan restoran Pelita KLCC. Masa gua sampai gua nampak sudah ada sebijik kereta polis dekat situ.

Gua cari pelajar gua yang dua orang tu..

Kelihatan dua pelajar aku yang bernama Fariz dan Keri tersandar kat tiang lampu menahan kesakitan. Orang yang langgar diorang sudah cabut lari.

Motor diorang pun habis hancur. Dalam kesakitan pelajar gua yang nama Keri tu pun tolak motor dia ke tepi jalan. Polis yang datang dengan kereta peronda tu ada 2 orang..

Apa yang diorang buat..?

Diorang cuma tengok student gua menahan kesakitan sambil tersenyum kambing melihat student gua menolak motor. Bukan nak tolong ker apa.. Hantar pergi klinik ke apa ker.. Boleh pulak diorang buat bodoh..

Lepas tu gua bawak pelajar gua tu pergi hospital besar KL.. sampai kat wad kecemasan dan trauma.. gua mendaftarkan nama student gua. Kena cas rm1 lepas tu untuk pendaftaran.. Lepas tu tunggu no giliran untuk pemeriksaan. Setelah lebih sejam menunggu.. barulah pelajar2 gua tu dipanggil masuk untuk pemeriksaan lanjut.

Masuk dalam bilik.. ada seorang doktor muda menyambut dengan muka yang macam taik. Student gua dah berdarah-darah dia boleh tuduh kata student gua merempit. Soal siasat dulu macam dia polis lepas tu baru nak periksa keadaan student gua.

Malam itu gua terfikir..

Apa pasal layanan polis dan hospital kerajaan macam sial..?

Sebab kita bukan orang ternama..atau orang kenamaan yang polis nak eskot tengah2 sesak kat jalanraya. Kita bukan orang banyak duit yang mampu nak bayar ribu2 cas kat hospital swasta untuk dapat layanan terbaik.

Kadang2 gua terfikir..

Perlukah ada perasaan dan sikap yang membeza2kan status antara manusia..? Apakah rakyat marhaen* tidak berhak mendapat layanan yang memuaskan..?

Fuck the system..!!


* Rakyat Marhaen = Rakyat biasa yang tidak punya status kenamaan.

Friday, November 12, 2010

Mari Join Multi Level Marketing

Kamu tahu, separuh daripada krew gerai tok perak dari jalan dewan bahasa pernah buat bisnes multilevel dahulu. Jawapannya mudah, iaitu sebab punya angan2 nak kaya dan jadi jutawan cepat tanpa perlu berusaha keras..kalau ada usaha pun cuma perlu berusaha membawa (mengencing) orang join (perkataan popular MLM) ke dalam syarikat.

Kata orang2 multilevel ni, bisnes ni adalah bisnes milenium sedangkan hakikatnya bisnes berasaskan networking ni dah wujud 30 tahun dahulu. Kalau dulu aku masih hingusan jadi aku percaya la. Kata mereka, bisnes apa tak tarik orang..? semua bisnes memerlukan kita tarik orang. Cheh..hanya orang pendek akal akan terpengaruh dengan kata2 manis tapi beracun tersebut. Memang semua bisnes memerlukan kita menarik pelanggan, tapi kalau menarik pelanggan menjadi ahli dan kemudian memaksa mereka membina rangkaian, kemudian beli produk dengan harga yang melampau jauh lebih tinggi dari harga kos pengeluaran, pengurusan dan sebagainya.. ini bisnes apa..?

Sekarang orang Melayu ramai buat MLM, pasal terpengaruh dengan janji2 untuk hidup yang lebih senang. Sedangkan yang kaya cuma orang atas dan terawal..

Hari ni aku kerja makan gaji, dan begitu juga dengan krew tok perak yang lain. Kecuali seorang kawan aku buat trading forex. Ok la tu sekurang2nya dia buat bisnes sendiri dan tak menindas orang lain dengan janji2 manis yang sebenarnya pahit untuk ditelan.

Bila aku dah cukup duit simpanan nanti aku akan mula dengan bisnes aku sendiri. Semua bisnes cari orang, tapi konsep yang dipakai oleh MLM ialah mencari dan kemudian menindas orang. Aku bercita2 nak buka hotel bajet dan agensi pelancongan. Ada juga kawan2 aku yang dalam industri seni suruh aku melihat 5-6 tahun kedepan dan buka production house bersama mereka. Itu lebih bagus.

Apa yang aku dan krew tok perak lain buat sekarang, kerja sendiri atau makan gaji. Bila malam kitorang layan movie kat astro tepi jalan di tengah2 kota metropolitan Kuala Lumpur sambil hisap rokok, sambil mengarut. Itu lebih bahagia. Dan tak ada siapa nak kacau.

Nak bagi duit pada orang sesuka hati..?

Lanjiau..!

Monday, October 25, 2010

Manusia Tepi Jalan

Mari berjalan-jalan di belakang gerai tepi jalan dewan bahasa dan mengenali manusia-manusia malam yang berada disitu. Sebungkus air dan sekotak rokok sudah cukup menceriakan malam2 mereka yang tidak punya wang ribu2 apatah lagi berjuta.

Ini wajah anak2 kota metropolitan Kuala Lumpur yang sudah bosan dengan segala hiburan yang ada di kota. Zouk..? Heritage..? Thai Club..? Rum Jungle..? Sudah tidak mampu menarik perhatian kami lagi. Masakan tidak, dari bertatih dan merangkak sudah berada di tengah2 bandar Kuala Lumpur.

Kami ketawakan mereka yang obses melepak di Pavillion kerana kami tahu, pasti mereka mengalami kejutan budaya. Baru mahu mengenali dunia di kota, tetapi terdesak mahu kelihatan versatile.

Bila jiwa jadi kacau, minda jadi kusut maka inilah akibatnya. Kesan negatif psikologi dan mental yang amat serius pada rakyat Malaysia.
P's : Bob jangan marah, aku gurau jer haha


Kesimpulannya..?

Tidak salah dekat dengan semua lapisan masyarakat.

Low class..?

Kepala hotak kau..!

Friday, October 22, 2010

Dari Dewan Bahasa

Ini adalah blog baru aku.. ' Dari Dewan Bahasa '. Kenapa dewan Bahasa..? Sebab di belakang dewan bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur itu ada banyak gerai2 tepi jalan yang menjadi persinggahan rakyat2 marhaen seperti aku dan rakan2 setiap malam.

Apa yang menariknya dengan gerai2 belakang dewan bahasa dan pustaka, KL itu..? Bagi mereka yang mampu makan tiap2 hari di starbucks, ataupun dinner tiap2 malam di hotel Hilton tempat itu mungkin tiada apa2 yang menarik. Tapi bagi mereka yang menjalani hidup cukup2 makan, di belakang itu bagaikan suatu tempat yang istimewa untuk berkumpul.

Ada kedai makan Melayu, mamak, Cina, Cyber Cafe untuk melayari internet dan bagi yang suka melabur ke dalam institusi kewangan, boleh mencuba nasib melabur di mesin kuda belakang cyber cafe disitu. Pelbagai latar belakang dan ragam manusia berbilang kaum disitu.

Di belakang dewan bahasa itu juga menjadi port aku tiap2 malam untuk bercerita bersama rakan2 yang sangat mencintai tanah air, tetapi jiwa mereka kacau kerana suasana politik yang sedang berlaku di Malaysia. Hanya dengan sekotak rokok Dunhill, Winston Light ataupun Marlboro yang dikongsi-kongsi bersama segelas air, kami yang menjalani hidup di tengah ibukota menghabiskan masa bercerita tentang apa saja yang melanda tanah air.

Kami bukan pro pembangkang, jauh sekali pro kerajaan mahupun penyokong Bik Mama, Saiful 'Jambu' Bukhari ataupun abang Nuar Berahim. Tetapi aku dan rakan2 hanya mereka yang peka terhadap isu semasa yang melanda. Jangan sangka dengan pakaian selekeh rakyat marhaen seperti kami, kami tidak mampu menghuraikan secara panjang lebar dan berilmiah tentang perkara2 yang berlaku di bumi tercinta ini.

Jadi bermula dengan cerita di kedai makan, di tepi dewan bahasa Kuala Lumpur, aku mengangkat cerita, isu, kisah dan topik yang dibincangkan mereka ke dalam blog terbaru ini. Mari menyokong..!

Rakyat Marhaen : Rakyat Kelas Pertengahan
Bik Mama : Gelaran untuk Datin Seri Rosmah Mansor, 'suami' Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini adalah Ucu, bos merangkap diktator kedai makan tempat aku selalu melepak tiap2 malam di Jalan Dewan Bahasa.
Kredit to Oma